Sejarah Penubuhan SRI As-Sakinah
Sekolah Rendah Islam As-Sakinah (SRI As-Sakinah) bermula sebagai sebuah Pusat Kelas Bimbingan Al-Quran yang ditubuhkan sekitar tahun 2008 bertempat di Apartment Subang Suria, Seksyen U5. Matlamat awalnya adalah untuk menyediakan pendidikan asas Al-Quran kepada anak-anak di kawasan sekitar.
Pada tahun 2010, secara rasmi tertubuhnya Sekolah Rendah Islam As-Sakinah di lokasi yang sama. Ketika itu, SRI As-Sakinah memulakan operasi dengan anggaran 40 orang pelajar dan 3 orang guru. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat telah mendorong sekolah ini untuk terus berkembang.
Setahun kemudian, pada tahun 2011, SRI As-Sakinah mengambil langkah ke hadapan dengan membuka cawangan baharu di Subang Bestari. Perkembangan ini mencerminkan kepercayaan ibu bapa dan komitmen pihak pengurusan dalam memperluaskan akses pendidikan Islam berkualiti. Pada tahun 2018, sebuah lagi cawangan telah dibuka di Denai Alam, sekaligus memperkukuhkan lagi kedudukan SRI As-Sakinah sebagai institusi pendidikan yang semakin berkembang.
Kini, SRI As-Sakinah beroperasi di dua cawangan utama iaitu di Subang Bestari dan Denai Alam, dengan jumlah keseluruhan seramai 700 orang pelajar dan 55 orang kakitangan yang terdiri daripada tenaga pengajar dan staf sokongan.
Dari tahun ke tahun, SRI As-Sakinah terus melengkapkan kemudahan serta perkhidmatan untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan penjaga. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah tadika, perkhidmatan transit, dan perkhidmatan van sekolah – demi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak dalam suasana yang selamat, selesa dan bersepadu dengan nilai-nilai Islam.
Carta Organisasi

